APA ITU SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN?


Salinan Sah (Seksyen 383, KTN)

Satu salinan diperakui bagi dokumen hakmilik daftaran atau intrumen urusniaga berdaftar yang ada di dalam simpanan Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah yang mana setiap salinan diperakui sedemikian hendaklah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dan diterima oleh mana-mana Mahkahmah atau Hakim atau mana-mana badan perundangan yang berkuasa menyiasat atau membuat sesuatu keputusan mengenai apa-apa perkara sebagai keterangan ’Prime Facie’ bagi semua yang terkandung di dalamnya atau dicatatera di atasnya.


Carian Rasmi Hakmilik (Seksyen 385, KTN)

Suatu Sijil Carian Rasmi yang telah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dengan memastikan kandungannya menunjukkan maklumat hakmilik, pemilikan dan perkara berkaitan yang masih berkuatkuasa sebagaimana yang tercatat dalam dokumen hakmilik daftaran dan rekod urusan urusniaga / bukan urusniaga yang telah diterima tetapi belum didaftarkan.


Carian Persendirian (Seksyen 384, KTN)

Suatu carian maklumat secara persendirian oleh mana-mana individu dengan cara memeriksa dan mengambil nota atau mengutip dari:

(a) mana-mana daftar hakmilik, Buku Perserahan atau Buku Nota Pembetulan yang diselenggara oleh Pendaftar atau mana-mana pendahulu Pendaftar; dan

(b)  apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang diserah kepada atau dalam jagaan Pendaftar.